Kritikan terhadap konsep Negara gagal

Istilah "negara gagal" telah menghadapi kritikan berdasarkan dua isu utama. Hujah pertama ialah istilah itu sendiri boleh digunakan secara pukul rata secara sewenang-wenangnya, dengan menggabungkan masalah tadbir urus yang berbeza, dan tanpa mengambil kira variasi tadbir urus negara.[23] Hujah kedua ialah aplikasi politik untuk mewajarkan campur tangan tentera dan pembinaan negara berdasarkan model Barat.[24]

Olivier Nay, William Easterly, dan Laura Freschi telah mengkritik konsep kegagalan negara kerana tidak mempunyai definisi yang sekata, dengan indeks yang menggabungkan pelbagai penunjuk prestasi negra ditimbang secara sewenang-wenangnya untuk memperoleh ukuran kerapuhan negara yang tidak jelas dan teragregat.[25] Charles T. Call berhujah bahawa label "negara gagal" telah digunakan secara meluas sehingga ia telah menjadi lapuk.[26] Memandangkan terdapat sedikit konsensus mengenai tataerti negara gagal, ciri yang biasa digunakan untuk mengenal pasti negara gagal adalah banyak dan sangat pelbagai, daripada pencabulan hak asasi manusia, kemiskinan dan korupsi hingga tekanan demografi.[27] Ini bermakna bahawa pelbagai keadaan yang sangat berbeza dikategorikan bersama sebagai negara gagal (atau menggagal). Ini boleh menyembunyikan kerumitan kelemahan khusus yang dikenal pasti dalam negara khusus dan menghasilkan satu pendekatan yang sesuai untuk semua, yang biasanya tertumpu pada pengukuhan kapasiti pemerintahan negara. Tambahan pula, penggunaan istilah "negara gagal" telah digunakan beberapa kuasa asing sebagai justifikasi untuk menceroboh sesebuah negara atau menentukan set preskriptif khusus matlamat dasar luar negara. Selepas 2001, Call mencatatkan bahawa AS menyatakan bahawa negara gagal adalah salah satu ancaman keselamatan terbesar yang dihadapi negara, berdasarkan andaian bahawa sebuah negara dengan isntitusi yang lemah – atau tidak wujud – dapat menyediakan tempat selamat bagi pengganas bertindak, dan dijadikan tempat percambahan ekstremisme.

Berkaitan

Rujukan

WikiPedia: Negara gagal http://aidwatchers.com/2010/01/top-5-reasons-why-%... http://press.princeton.edu/titles/4280.html http://assets.press.princeton.edu/chapters/s7666.p... //citeseerx.ist.psu.edu/viewdoc/summary?doi=10.1.1... http://uli.nli.org.il/F/?func=find-b&local_base=NL... http://blog.nibrinternational.no/#post30 //doi.org/10.1080%2F00220388.2012.709614 //doi.org/10.1080%2F01436599615452 //doi.org/10.1111%2Fj.1468-2486.2007.00728.x //doi.org/10.1146%2Fannurev.polisci.11.060606.1320...